Tuesday, 2 August 2011

"aku butuh ruang untuk sendiri" kata Hati.

Hatinya berbisik, bahasa yang kurang tuk dimengerti.
Bila hati berbicara, hanya hati yang lainnya yang bisa menterjemah.

Jauh disudut hati masih ada sayang, cinta. Segalanya.
Tapi hati juga bisa lelah.
Sekuat mana ia, tetap punya batasnya.

Sejujurnya, hati sudah tak bisa menahan dari diperlakukan sebegitu.
Puas dipujuk, diajar, tetap tak berubah.
Mungkin dengan ruang untuk sendiri, bisa meredakan hati ini.

Dimana kamu saat hati ini membutuhkanmu?
Hati ini sudah capek memaafkanmu.
Ya, ia sadar bahwa ia juga pernah melukakanmu.
Tapi sekali dibalas berkali-kali.

Hati ini mencintaimu lebih dari apa pun.
Meskipun yang dibalas bukan indah.
Maafkan hati ini.

Izinkan ia mengundur diri.
Berilah ia ruang untuk sendiri.
Andai ada jodoh, pasti disatukan semula hatiku dan hatimu.

Berpuas-puaslah kamu sepuasnya.
Hati ini takkan mengawal mu lagi.
Kini kamu bebas lakukan apa sahaja.

Salam dari Hati.

Monday, 18 July 2011

kisah putra dadu dan putri sepett

Suatu masa dahulu, dizaman kemegahan Empayar Rom, lahir seorang putra Rom yang diberi nama Dadu ( Dice in English ) Sejak kecil dijaga rapi kerana beliau lah satu-satunya waris tunggal kepada takhta Raja Rom.

Dibesarkan penuh limpahan kasih sayang. Segala kemahuannya diturut. Raja Rom amat bertuah kerana dapat putra sepertinya. Sejak kecil sifat kepimpinannya amat jelas. Kebijaksanaan beliau juga tiada bandingnya. Teramat matang sebelum usia.

Ketika anak-anak kecil bermain alat permainan, beliau sudah bermain dengan pedang. Zaman remajanya juga begitu. Seawal usia 15 tahun, hampir kesemua pahlawan-pahlawan empayar Rom ditumbangkan. Tenaganya seperti tiada hujungnya. Kebijaksanaannya pula mengalahkan kesemua cendekiawan-cendekiawan seluruh empayar.

Namun disebalik kehebatan Putra Dadu, beliau mempunyai satu masalah yang sukar diatasi. Masalah beliau adalah  beliau susah nak mendekati wanita meskipun rupa parasnya memang menjadi kegilaan ramai putri-putri raja malahan rakyat jelata. Puas ayahanda dan bonda memaksanya untuk berkahwin. Tetapi saban kali ditolak.

Sehinggalah pada suatu ketika, ayahanda dan bonda tercinta membawanya ke satu majlis kerabat Empayar China. Pada mulanya beliau enggan ikut rombongan ke China. Tetapi ada keajaiban yang buat hatinya terbuka. Pelayaran selama dua purnama tiba dipenghujungnya dengan selamat.

Sesampai di China, rombongan Empayar Rom disambut meriah oleh Empayar China. Disambut dengan mercun-mercun mercu tanda selamat datang. Rombongan terus menuju ke dewan majlis. Putra yang kepenatan duduk di satu sudut selepas beramah dengan Maharaja dan Maharani China.

Kelihatan Putra Dadu kurang berminat dengan majlis tersebut. Beliau kemudian menyelinap keluar dari dewan itu dengan harapan dapat temui ketenangan. Keadaan di luar dewan amat menyenangkan. Banyak tumbuhan-tumbuhan China yang dijaga elok.

Saat menikmati keindahan hijau itu, beliau ternampak seorang wanita yang duduk di hujung taman. Didekati wanita itu. Buat pertama kali dalam hidupnya, hatinya berdebar-debar saat melihat wanita bermata sepett itu. Beliau yang petah berdebat terkaku lidah saat ingin memulakan perbualan.

Tetapi kebenaran berpihak kepadanya. Beliau berjaya memulakan perbulan. Makin lama menjadi rancak. Hilai tawa si mata sepett amat menyentuh hati sang putra. Setelah beberapa jam berlalu. Si sepett meminta izin untuk mengundur diri kerana harus berdandan untuk majlis malam nanti. Si sepett berlalu pergi tanpa kata. Hanya senyuman terakhir dilempar.

Putra Dadu pun masok ke dewan dan mendapatkan ayahanda dan bonda. Ditelinga mereka si putra berbisik. " Anakanda rasa anakanda dah jatuh cinta", sambil tersenyum. Ayahanda dan Bonda amat gembira tak terkata selepas mendengar khabar gembira itu. Lantas ditanya siapakah wanita yang bertuah itu. Kata si putra, wanita bertuah itu adalah wanita China. Tetapi beliau sendiri pun tak kenal siapa gerangannya. Hanya raut wajah yang dapat mengungkap segalanya.

Majlis malam bermula. Dimulakan dengan tarian dari gadis-gadis China. Si putra khusyuk mengamati tarian yang dipersembahkan. Habis sahaja tarian, beliau pergi mengejar kumpulan tarian tersebut. Rupanya sang putra sudah ternampak bahawa salah seorang penari itu adalah si sepett.

Berjumpa sang putra dengan Maharaja China. Menyuarakan hasratnya untuk menyunting si sepett menjadi permaisuri dihatinya. Maharaja China senyum lebar. Diberitahu kepada sang putra bahawa si sepett adalah putri sulungnya. Sang putra amat gembira. Begitu Putri Sepett.

 Raja Rom dan Maharaja China berpakat untuk menyatukan putra dan putri mereka. Majlis Perkahwinan mereka diadakan pada keesokan harinya. Dengan bersatunya Putra Rom dan Putri China, maka hubungan antara Empayar Rom dan Empayar China dierat.

Putra Dadu cakap, dia teramat sayang dan cinta akan Putri Sepett. Dan amat berharap Putri Sepett juga begitu.  

Saturday, 16 July 2011

rakan alam maya

Siapa?
Entah.
Seronok ramai kawan.
Function di rumah!

Pasti bukan semua kita kenal didunia realiti.
Tapi alam maya telah menjalin hubungan sesama kita.
Macam-macam ragam alam maya ni.
Macam-macam kita bole share with anybody.

Ada yang tak berani berbual face 2 face.
Alam maya jadi pilihan.
Ada yang pemalu realiti tapi peramah alam maya.
Bukan hipokrit tapi lebih selesa.

Kadang-kadang bole jumpa kawan lama.
Tiba-tiba dapat tau rakan alam maya kita ada kena mengena dengan kita.
Maybe saudara mara ( bau-bau bacang ke)
Maybe sepupu dua pupu or kupukupu. :)

Alam maya.
Walaupun kita tak bersama rakan kita.
Tapi kita bole tau ape perasaan dia sekarang,
ape dia tengah buat.

Macam anda semua tengah buat ni.
Anda mungkin tak kenal saya.
Tapi anda baca apa yang saya share ni.
So, saya lah salah sorang rakan alam maya Anda!




anak kecil dan bola kertas

ALHAMDULILLAH. Aku telah menamatkan semestar pertamaku. Untuk semestar kedua, aku perlu mencari rumah sewa untuk aku tinggal. Dapat. Dihujung kampung aku sewa sebuah rumah bersama teman-temanku.


Selepas seminggu tinggal disitu, aku bercadang untuk pergi bersiar-siar di padang tempat ramai anak-anak kecil bermain bola di waktu senja.

"Goal !!!"

"Cayalah Zam. Dah 6-0 ni. Terer jugak team kita ni." siul Faiz.

"Aku ingat nak score lagi 1 la sementara ada lagi 5 minit ni." lagak Zam Pentol.

Riuh anak-anak kecil bangga dengan jaringan yang dilakukan. Tetapi jauh dihujung padang, aku lihat selindung anak kecil yang sebaya Zam dan Faiz. Lengkap dengan jersi bola yang lusuh dan koyak rabak, dan bersepatu but yang tiada tapak. Ditangannya memegang replika bola sepak yang diperbuat daripada kertas. Aku cuba mendekati anak kecil itu. Aku tanya kenapa dia tak ikut sekali bermain. 

Katanya:-

-Saya nak sangat main dengan diorang tapi diorang tak benarkan. Diorang cakap saya orang miskin tak boleh main dengan diorang. Haritu diorang cakap kalau saya pakai jersi dan sepatu but, diorang nak bagi saya main.    Penat saya carik kat tong sampah sampai jumpa jersi dan sepatu nih. Memang la saya ambil dari tong sampah, tapi saya dah basuh guna air hujan yang mak saya tadah semalam.

Sambil mendengar kata-katanya, aku menjeling ke arah sepatu butnya. Ku lihat kedua-duanya adalah kasut untuk kaki kanan. Jenama dan warnanya juga lain. Yang sama adalah kedua-duanya tiada tapak. Lantas aku bertanya lagi. Aku tanya kenapa tak mintak ayah atau mak belikan jersi dan sepatu but kalau adik betul-betul minat nak main.

-Ayah saya baru meninggal minggu lepas. Kene pukul dengan orang ramai. Masa tu saya ikut ayah pergi jalan-jalan. Cari tin aluminium kosong. Botol kaca atau plastik pun boleh. Ayah cakap boleh jual. Dari situ la ayah dapat duit untuk beli barang dapur. Saya ikut ayah daripada pagi sampai la ke petang. Banyak juga hasil kami pada hari itu. Daripada awal kami berjalan, seteguk air pun belum masuk ke rongga tekak.

-Jauh juga kami berjalan sampai ke tengah bandar. Sebenarnya itu kali pertama saya sampai ke bandar. Disatu tempat saya terlihat seorang yang sebaya saya baru keluar dari sebuah restoran bersama ibu dan bapanya. Di tangannya ade sebuah kotak bungkusan makanan yang berlogo M. Begini rupanya. ------------------>>>

-Saat lihat bungkusan itu, saya teringat Zam Pentol dan Faiz pernah menunjukkan kepada saya bungkusan yang sama. Didalam nya terdapat permainan kanak-kanak. Jadi tanpa berfikir panjang, saya pun meminta kepada ayah untuk dibelikan bungkusan itu. Kata ayah, itu amat mahal. Tak mampu ayah nak belikan. Lain kali saja.

-Jawapan ayah betul-betul mengecewakan. Tapi saya tetap berkeras inginkan bungkusan itu. Saya lihat muka ayah seperti serba salah. Akhirnya ayah meminta saya untuk tunggu di sebentar sementara ayah menyeberang jalan ke restoran tersebut. Sebelum ayah pergi, ayah pesan untuk jaga mak baik-baik dan pandai-pandai bawa diri. Ayah juga cakap dia sayang saya sangat-sangat.

-Saya sangat gembira waktu itu sebab akhirnya ayah ingin membelikan saya bungkusan itu. Selepas 10 minit menunggu. Saya terdengar bunyi suara memekik dan muntahan maki hamun dihadapan restoran tersebut. Saya pun nekad untuk pergi melihat apa yang sedang berlaku. Sesampainya saya disana, saya lihat ayah sudah terbujur kaku. Darah berlimpahan. Dipelukan eratnya saya terlihat bungkusan yang saya ingin-inginkan.

-Saya menjerit kepada pemukul ayah. "Kenapa kamu semua pukul ayah saya? Apa salah dia?!" Salah seorang menjawab dengan bengisnya, "Bapak kau ni baru lepas curi set happy meal aku." Saya terdiam. Dihati sebak yang amat. Demi saya, ayah sanggup mencuri. Kerana saya, ayah dipukul begini. Ayah rebah dipangkuan saya. Ayah menghembus nafasnya yang terakhir dipangkuan saya.

Sedih aku dengar cerita anak kecil itu. Aku memberanikan diri untuk bertanya bagaimana hidupnya selepas pemergian ayah.

-Saya buat macam ayah buat. Cari tin, lepas tu jual. Dapat duit saya beli roti. Sehari sekeping pun dah okey.

Sekali lagi dadaku sebak. Aku bertanya pula perihal ibunya.

-Mak ade kat rumah. Selalu waktu-waktu macam ni, mak tidur. Dah 4 hari mak tidur. Mungkin penat sangat kot.

Aku kehairanan. Katanya sudah 4 hari ibunya tidur. Pelbagai perasaan kurang enak bermain di benak fikiranku. Aku pun mengajak anak kecil itu ke rumahnya. Dibawaku ke sebuah pondok usang yang hanya menuggu masa untuk runtuh. Aku diajak kebilik ibunya. Selangkah masuk kedalam bilik ibunya, aku terlihat satu jasad yang sudah mula membusuk. Jasad itu juga dipenuhi ulat-ulat pemakan jasad. 


Lantas aku keluar dari bilik itu dan memanggil anak kecil itu. Namun tiada jawapan. Aku cuba lagi. Tetap tiada balasan. Aku nekad berlari keluar dari rumah usang itu. Alangkah terkejutnya aku lihat aku berada di tengah kuburan. Waktu aku datang, aku ingat aku hanya melalui jalan-jalan belukar. 


Aku pun berlari sepantasnya ke arah jalan besar. Aku selamat pulang ke rumah sewa ku. 


Keesokan harinya, aku pergi berjumpa penduduk setempat dan menceritakan pengalamanku semalam.
Ternyata kata mereka aku bukanlah orang luar pertama yang mengalami peristiwa itu. Aku pulang dan berpesan kepada rakanku yang lain. Berharap mereka tidak melalui apa yang aku telah lalui.

Tamat.

Tuesday, 12 July 2011

budak perempuan umur 12 tahun buat aku jatoh cinta

Dilahirkan dari sebuah keluarga normal,namun punyai bakat luarbiasa. 
Bakatnya sangat tak diduga. 
Berasal dari Illinois,Chicago. 
Sejak kecil punya minat menyanyi. 
Mula menyanyi sejak dari umur 4 tahun. 

Aku yakin aku bukan yang pertama jatoh cinta padanya. 
Ramai lagi yang bersetuju denganku. 
Walaupun kelihatan belum cukup matang, bagiku dia sempurna. 
Sangat berharap dia akan berkunjung ke Malaysia.


MADDI JANE, I LOVE U
<3


Setakat ni, sudah 8 lagu cover yang telah dirakamkan.
Antara lagu cover adalah

Price Tag by Jessie J

Just The Way U Are by Bruno Mars

Mine by Taylor Swift

Jar Of Hearts Christina Perri

Rolling In The Deep by Adele

Impossible by Shontelle

Again by Flyleaf

Breakeven by The Scripts 


Untuk menikmati melihat sendiri kehebatannya,
boleh layari
http://www.maddijane.com/
youtube search : maddijanemusic

Enjoy!
:)

Sunday, 10 July 2011

karya sampah

Kadang kala anjing pun dah jemu menyalak. 
Burung-burung teringin dapat berenang seperti ikan lumba-lumba. 
Ular pun mahu terbang bebas. 

Ketika itu lelaki yang kerjanya bersama timbunan sampah, bercita-cita besar. Dibilangnya mahu cuba berkarya. Karya kau sampah. Ejekan sial itu selalu yang ditelannya. Namun hatinya kuat. Ditepisnya semua tohmahan durjana. Yakin akan dirinya menemui kejayaan suatu masa nanti.

Hidupnya sebatang kara. Tinggal dipondok usang peninggalan arwah bapanya. Sampah adalah rakannya. Sampah juga adalah hasil pencariannya. Sampah juga teman dia bermain.

Disatu sudut dia duduk. Berbekalkan pensel 2b yang tumpul, helaian kertas kitar semula, dia mula berkarya. Dicoretnya segala yang terbuku. Dimuntahkan tulisan yang sama hebat dengan penulis ternama. Berbakat! Dia memang berbakat.



Impiannya menjadi penulis terkenal suatu masa nanti. Berharap koleksi 'karya sampah' yang dicipta akan menjadikan impiannya menjadi kenyataan. 

Dongeng Mike; Cerita Dari Jimmy ( Episod 5 )

Aku da tak sanggup lagi.
Biarlah aku terus macam ni.
Insya-Allah aku akan oke.

( ungkapan Mike )

Akhir Episod.

p/s : sorry kalau cerita ni tergantung. bukan ketandusan idea. biarlah menjadi tanda tanya.

Thursday, 23 June 2011

Dongeng Mike; Cerita Dari Jimmy ( Episod 4 )

"Arrggghh, penatnye aku arini!" pekik Mike selangkah masuk ke dalam bilik.

Beg dicampak.
Terus melompat ke arah katil.
Baju tak ditukar.

"Kau pegi mane Mike? satu ari tak nampak kau" tanya Jimmy.

"Aku pegi picnic. U lain pun ade jugak" balas Mike.

"Muke kau macam ade nak story something je ngan aku, ceciter" pujuk Jimmy.

Macam ni, Mike participate satu event. Event nih U dia yg organize. Tapi ade colaboration ngan U lain. Dari pagi, sampai la ke petang. Mike sampai awal. Lepak ngn kawan2 sambil tunggu event start. Disantapnya sarapan pagi. Bila da kenyang, kepulan asap rokok menjadi teman nya.

Okay, mari mula. Mike sangat teruja hari tu. Mike enjoy sangat dgn kawan2. Semasa event tu berjalan, Mike bertemu dgn si Baju Hijau. Katanya dia sudah jatoh cinta. Mike2, masih dgn perangai dia.

Mike tinggalkan kawan-kawan. Pergi mencari si Baju Hijau. Tak jumpa. Dicari lagi. Tak jumpa. Terus mencari sehingga satu saat dia terjumpa. Tapi Mike tak teruja. Ditendang nya botol plastik yang tiba2 lalu di sebelahnya. Jimmy tanya kenapa. Mike cakap, dia jumpa si Baju Hijau. Tapi sedang berjalan dgn Jejaka Bajingan. Jimmy cuba menenangkan Mike.

"Mungkin member U dia kot" kata Mike.

Tapi Mike menafikan. Mike berlalu seolah putus harapan. Diteruskannya aktiviti bersama kawan kawan.
Tak lama.
Ada Keajaiban berlaku.
Ia buat Mike separuh gila.

"Hi awak, sorang je ke? sapa Si Baju Hijau.

Mike senyap. Kaku.

"Ha hai.. a'ah saya sorang je" balas Mike bersama kegigilan.

Perbulan Mike dan Si Baju Hijau bermula.
Perbulan tak dirakam.
Biarlah mereka sahaja yang tahu.

"So, kau ngn Si Baju Hijau tu macam mana? tanya Jimmy.

Mike diam.

Kisah Mike dan Si Baju Hijau terhenti kerana masing-masing terlupa untuk minta nombor phone masing-masing.

Akhir Episod 4

Monday, 20 June 2011

Dongeng Mike; Cerita Dari Jimmy ( Episod 3 )

"Kau okay tak? happy je aku tengok?" kata Jimmy.

"Okay, okay ter-sangat" balas Mike tersenyum lebar.

Rupanya, ade kisah disebalik senyum lebar Mike. Seperti biasa, Mike ckp dia ada ternampak seorang perempuan ni. Dia pun mulakan lagak yang selalu dia buat bila jumpa perempuan yang mencuit mata dan hatinya. Ternyata, menjadi. Sah, memang sah. Perempuan tu pun bagi good respond kat Mike. Hati Mike bercelaru.
Sikit pun dia tak fikir kat Trisya. Layanan sepenuh pada perempuan tu. Bagus la. Mike tak sombong. Mike cakap, tu la tujuan dia layan perempuan tu. Mike tanak dipanggil sombong.

Pasal Trisya, Mike da cakap. Dia takan larang Trisya nak kawan dengan siapa pun. So, Trisya pun tak bole larang Mike. Asal kan kedua-dua mereka tak melampaui batas. Situasi ni, jangan la disalah kan Mike. Mike pun selau dengar 'story' pasal Trisya.

Tak lama. Berlalu nya perempuan tu, Mike kembali kepada asal. Mike masih Mike. 

"Kalau la perempuan tadi tu jadi couple aku, alangkah bahagia nya aku Jimmy" ludah Mike.

"Kau jangan nak ngada-ngada, aku report kat Trisya kang!" Jimmy hangin.

"Gurau je la gile, takkan laa, Aku kan da ade Trisya. HEEE" ujar Mike.

Krringggg.............. ( Loceng Dewan )
Kawan rapat tersebut atau pun gelaran yg dorg dapat 'gaypartner' berlalu ke dewan.

Akhir Episod 3.

Sunday, 19 June 2011

Dongeng Mike; Cerita Dari Jimmy ( Episod 2 )

Kata Jimmy..

Mike masih kekusotan. Hari demi hari, masalah sama yang menggangu saraf otaknya. Bila berhubung Trisya ( kekasih Mike ) Mike akui yang dia ter-amat sayang akan Trisya. Cinta dan rindunya, hanya untuk Trisya. Bila Trisya tidak bersama, masalah Mike datang mendamping. Ramai cakap Mike ni playboy. Tapi pendirian Mike kuat mengatakan, 'aku cuma rasa suka pada perempuan tu, aku usha sikit-sikit je, kalau dia layan, aku kawan je ngan dia, bukan aku couple ngan semua pun'. Tu la yg Mike rajin muntahkan kat Jimmy.


"Kau kan dah ada Trisya, dia kan baik, ramai yg nak kat dia tp dia masih pilih kau, tak cukup ke Mike?" bentak Jimmy.

"Bukan macam tu Jimmy, aku syukur dia pilih aku, dia setia ngan aku" balas Mike.

"Then, apa yang kau kusot kan?" Jimmy tanya lagi.

"Aku........." Mike ibarat keletihan menjawab soalan Jimmy.

Kata Jimmy.

Mike ni memang baik orang nya. Tak lah sekacak mana tapi manisnya tetap ada. Sebab tu wanita mudah terpikat padanya. Tapi tu lah masalah Mike. Dia pun kusot dengan perasaan nya sendiri. Mike pernah cakap. "aku tak bole tahan la kalu perempuan beri respond kat aku,bukan perasan tapi hati ni kuat mengatakan yang perempuan memang nak dekat ngan aku".

Jimmy terus khusyuk mendengar penuh setia.
Sampai satu tahap, kedua-dua mereka enak dibuai mimpi.

Akhir episod 2.

Saturday, 18 June 2011

Dongeng Mike; Cerita Dari Jimmy

Sedu.
Sorang diri.
Matanya lebam (ngantuk).
Tapi ditahan.

"Mike, kalau kau da ngantuk tu, pegila beradu", sapa Jimmy. teman sebilik..

"Cannot sleep la Jimmy, aku kusot", keluh Mike.

Otaknya bercadang untuk bercerita kepada Jimmy akan masalah yang terbuku.
Hatinya kuat, berani utk bercerita.
Lalu dimulakan pendahuluan ceritanya..

"Aku bersyukur dikurniakan nikmat dari Allah", cerita dimulakan.

"So, apa yg kau kusot sgt?", tanya Jimmy pelik.

"Aku syukur aku ada mata untuk melihat, aku syukur aku ada hati untuk mencintai seseorg".

"So, apa yg kau kusot sgt?", soalan diulang.

"Macam ni Jimmy,.........". cerita antara 2 orang lelaki matang.


Perbualan tak dirakam.
Pita rakaman hanya OTAK Jimmy.
Playback bercelaru.
99 PERATUS yg Jim ingat, projection nya dibawah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mike punya masalah. Mata dan hatinya mudah terpengaruh. Mike ingin sangat Teman Istimewa yg menepati kehendak Mata dn Hatinya. Ada. Sudah ada seorang. Tapi Mata dn Hatinya tak pernah puas. Seakan masih mencari. Yang sedia ada, cukup sempurna. Fizikal, Akhlak, Ciri Keibuan, Istri mithali,Kesetiaan, dan mcm mcm lagi. Mike bukan 'playboy'. Tapi pantang nampak dahi licin. Putih gebu. Seksi.

Mike keliru with his own feeling. Dia sayang Kekasih nya. Tapi... Terlalu banyak Tapi yg Mike ungkap.

Mike tak cerita banyak. Katanya "nanti la aku sambung cerita aku; penungguan bagi Jimmy bermula saat ini.

IKUTI JIMMY TAU.

Thursday, 9 June 2011

kelahiran

salam semua..

HAHA
aku sendiri pun tak sangke yang aku dah ade blog
at first, aku takde minat langsung nak ber-blogging ni
bg aku blog ni macam ntah hape-hape
betul kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'

BLOG
blog aku nih lahir pada May 2011
tp ni la 1st post aku
haha
macam baby baru lahir
tak tahu ape-ape
tahu nangis je

SATISFACTION
aku harap,
dengan wujud nye blog aku ni,
dapat bagi aku kepuasan yg aku sorang je tau

THANX
terimakasih to SYAFIQ MOHAMAD (http://noktahcerita.blogspot.com/)
kau lah punce segalanye

=)