Sunday, 10 July 2011

karya sampah

Kadang kala anjing pun dah jemu menyalak. 
Burung-burung teringin dapat berenang seperti ikan lumba-lumba. 
Ular pun mahu terbang bebas. 

Ketika itu lelaki yang kerjanya bersama timbunan sampah, bercita-cita besar. Dibilangnya mahu cuba berkarya. Karya kau sampah. Ejekan sial itu selalu yang ditelannya. Namun hatinya kuat. Ditepisnya semua tohmahan durjana. Yakin akan dirinya menemui kejayaan suatu masa nanti.

Hidupnya sebatang kara. Tinggal dipondok usang peninggalan arwah bapanya. Sampah adalah rakannya. Sampah juga adalah hasil pencariannya. Sampah juga teman dia bermain.

Disatu sudut dia duduk. Berbekalkan pensel 2b yang tumpul, helaian kertas kitar semula, dia mula berkarya. Dicoretnya segala yang terbuku. Dimuntahkan tulisan yang sama hebat dengan penulis ternama. Berbakat! Dia memang berbakat.



Impiannya menjadi penulis terkenal suatu masa nanti. Berharap koleksi 'karya sampah' yang dicipta akan menjadikan impiannya menjadi kenyataan. 

No comments:

Post a Comment