ALHAMDULILLAH. Aku telah menamatkan semestar pertamaku. Untuk semestar kedua, aku perlu mencari rumah sewa untuk aku tinggal. Dapat. Dihujung kampung aku sewa sebuah rumah bersama teman-temanku.
Selepas seminggu tinggal disitu, aku bercadang untuk pergi bersiar-siar di padang tempat ramai anak-anak kecil bermain bola di waktu senja.
"Goal !!!"
"Cayalah Zam. Dah 6-0 ni. Terer jugak team kita ni." siul Faiz.
"Aku ingat nak score lagi 1 la sementara ada lagi 5 minit ni." lagak Zam Pentol.
Riuh anak-anak kecil bangga dengan jaringan yang dilakukan. Tetapi jauh dihujung padang, aku lihat selindung anak kecil yang sebaya Zam dan Faiz. Lengkap dengan jersi bola yang lusuh dan koyak rabak, dan bersepatu but yang tiada tapak. Ditangannya memegang replika bola sepak yang diperbuat daripada kertas. Aku cuba mendekati anak kecil itu. Aku tanya kenapa dia tak ikut sekali bermain.
Katanya:-
-Saya nak sangat main dengan diorang tapi diorang tak benarkan. Diorang cakap saya orang miskin tak boleh main dengan diorang. Haritu diorang cakap kalau saya pakai jersi dan sepatu but, diorang nak bagi saya main. Penat saya carik kat tong sampah sampai jumpa jersi dan sepatu nih. Memang la saya ambil dari tong sampah, tapi saya dah basuh guna air hujan yang mak saya tadah semalam.
Sambil mendengar kata-katanya, aku menjeling ke arah sepatu butnya. Ku lihat kedua-duanya adalah kasut untuk kaki kanan. Jenama dan warnanya juga lain. Yang sama adalah kedua-duanya tiada tapak. Lantas aku bertanya lagi. Aku tanya kenapa tak mintak ayah atau mak belikan jersi dan sepatu but kalau adik betul-betul minat nak main.
-Ayah saya baru meninggal minggu lepas. Kene pukul dengan orang ramai. Masa tu saya ikut ayah pergi jalan-jalan. Cari tin aluminium kosong. Botol kaca atau plastik pun boleh. Ayah cakap boleh jual. Dari situ la ayah dapat duit untuk beli barang dapur. Saya ikut ayah daripada pagi sampai la ke petang. Banyak juga hasil kami pada hari itu. Daripada awal kami berjalan, seteguk air pun belum masuk ke rongga tekak.
-Jauh juga kami berjalan sampai ke tengah bandar. Sebenarnya itu kali pertama saya sampai ke bandar. Disatu tempat saya terlihat seorang yang sebaya saya baru keluar dari sebuah restoran bersama ibu dan bapanya. Di tangannya ade sebuah kotak bungkusan makanan yang berlogo M. Begini rupanya. ------------------>>>
-Saat lihat bungkusan itu, saya teringat Zam Pentol dan Faiz pernah menunjukkan kepada saya bungkusan yang sama. Didalam nya terdapat permainan kanak-kanak. Jadi tanpa berfikir panjang, saya pun meminta kepada ayah untuk dibelikan bungkusan itu. Kata ayah, itu amat mahal. Tak mampu ayah nak belikan. Lain kali saja.
-Jawapan ayah betul-betul mengecewakan. Tapi saya tetap berkeras inginkan bungkusan itu. Saya lihat muka ayah seperti serba salah. Akhirnya ayah meminta saya untuk tunggu di sebentar sementara ayah menyeberang jalan ke restoran tersebut. Sebelum ayah pergi, ayah pesan untuk jaga mak baik-baik dan pandai-pandai bawa diri. Ayah juga cakap dia sayang saya sangat-sangat.
-Saya sangat gembira waktu itu sebab akhirnya ayah ingin membelikan saya bungkusan itu. Selepas 10 minit menunggu. Saya terdengar bunyi suara memekik dan muntahan maki hamun dihadapan restoran tersebut. Saya pun nekad untuk pergi melihat apa yang sedang berlaku. Sesampainya saya disana, saya lihat ayah sudah terbujur kaku. Darah berlimpahan. Dipelukan eratnya saya terlihat bungkusan yang saya ingin-inginkan.
-Saya menjerit kepada pemukul ayah. "Kenapa kamu semua pukul ayah saya? Apa salah dia?!" Salah seorang menjawab dengan bengisnya, "Bapak kau ni baru lepas curi set happy meal aku." Saya terdiam. Dihati sebak yang amat. Demi saya, ayah sanggup mencuri. Kerana saya, ayah dipukul begini. Ayah rebah dipangkuan saya. Ayah menghembus nafasnya yang terakhir dipangkuan saya.
Sedih aku dengar cerita anak kecil itu. Aku memberanikan diri untuk bertanya bagaimana hidupnya selepas pemergian ayah.
-Saya buat macam ayah buat. Cari tin, lepas tu jual. Dapat duit saya beli roti. Sehari sekeping pun dah okey.
Sekali lagi dadaku sebak. Aku bertanya pula perihal ibunya.
-Mak ade kat rumah. Selalu waktu-waktu macam ni, mak tidur. Dah 4 hari mak tidur. Mungkin penat sangat kot.
Aku kehairanan. Katanya sudah 4 hari ibunya tidur. Pelbagai perasaan kurang enak bermain di benak fikiranku. Aku pun mengajak anak kecil itu ke rumahnya. Dibawaku ke sebuah pondok usang yang hanya menuggu masa untuk runtuh. Aku diajak kebilik ibunya. Selangkah masuk kedalam bilik ibunya, aku terlihat satu jasad yang sudah mula membusuk. Jasad itu juga dipenuhi ulat-ulat pemakan jasad.
Lantas aku keluar dari bilik itu dan memanggil anak kecil itu. Namun tiada jawapan. Aku cuba lagi. Tetap tiada balasan. Aku nekad berlari keluar dari rumah usang itu. Alangkah terkejutnya aku lihat aku berada di tengah kuburan. Waktu aku datang, aku ingat aku hanya melalui jalan-jalan belukar.
Aku pun berlari sepantasnya ke arah jalan besar. Aku selamat pulang ke rumah sewa ku.
Keesokan harinya, aku pergi berjumpa penduduk setempat dan menceritakan pengalamanku semalam.
Ternyata kata mereka aku bukanlah orang luar pertama yang mengalami peristiwa itu. Aku pulang dan berpesan kepada rakanku yang lain. Berharap mereka tidak melalui apa yang aku telah lalui.
Tamat.

No comments:
Post a Comment