Monday, 18 July 2011

kisah putra dadu dan putri sepett

Suatu masa dahulu, dizaman kemegahan Empayar Rom, lahir seorang putra Rom yang diberi nama Dadu ( Dice in English ) Sejak kecil dijaga rapi kerana beliau lah satu-satunya waris tunggal kepada takhta Raja Rom.

Dibesarkan penuh limpahan kasih sayang. Segala kemahuannya diturut. Raja Rom amat bertuah kerana dapat putra sepertinya. Sejak kecil sifat kepimpinannya amat jelas. Kebijaksanaan beliau juga tiada bandingnya. Teramat matang sebelum usia.

Ketika anak-anak kecil bermain alat permainan, beliau sudah bermain dengan pedang. Zaman remajanya juga begitu. Seawal usia 15 tahun, hampir kesemua pahlawan-pahlawan empayar Rom ditumbangkan. Tenaganya seperti tiada hujungnya. Kebijaksanaannya pula mengalahkan kesemua cendekiawan-cendekiawan seluruh empayar.

Namun disebalik kehebatan Putra Dadu, beliau mempunyai satu masalah yang sukar diatasi. Masalah beliau adalah  beliau susah nak mendekati wanita meskipun rupa parasnya memang menjadi kegilaan ramai putri-putri raja malahan rakyat jelata. Puas ayahanda dan bonda memaksanya untuk berkahwin. Tetapi saban kali ditolak.

Sehinggalah pada suatu ketika, ayahanda dan bonda tercinta membawanya ke satu majlis kerabat Empayar China. Pada mulanya beliau enggan ikut rombongan ke China. Tetapi ada keajaiban yang buat hatinya terbuka. Pelayaran selama dua purnama tiba dipenghujungnya dengan selamat.

Sesampai di China, rombongan Empayar Rom disambut meriah oleh Empayar China. Disambut dengan mercun-mercun mercu tanda selamat datang. Rombongan terus menuju ke dewan majlis. Putra yang kepenatan duduk di satu sudut selepas beramah dengan Maharaja dan Maharani China.

Kelihatan Putra Dadu kurang berminat dengan majlis tersebut. Beliau kemudian menyelinap keluar dari dewan itu dengan harapan dapat temui ketenangan. Keadaan di luar dewan amat menyenangkan. Banyak tumbuhan-tumbuhan China yang dijaga elok.

Saat menikmati keindahan hijau itu, beliau ternampak seorang wanita yang duduk di hujung taman. Didekati wanita itu. Buat pertama kali dalam hidupnya, hatinya berdebar-debar saat melihat wanita bermata sepett itu. Beliau yang petah berdebat terkaku lidah saat ingin memulakan perbualan.

Tetapi kebenaran berpihak kepadanya. Beliau berjaya memulakan perbulan. Makin lama menjadi rancak. Hilai tawa si mata sepett amat menyentuh hati sang putra. Setelah beberapa jam berlalu. Si sepett meminta izin untuk mengundur diri kerana harus berdandan untuk majlis malam nanti. Si sepett berlalu pergi tanpa kata. Hanya senyuman terakhir dilempar.

Putra Dadu pun masok ke dewan dan mendapatkan ayahanda dan bonda. Ditelinga mereka si putra berbisik. " Anakanda rasa anakanda dah jatuh cinta", sambil tersenyum. Ayahanda dan Bonda amat gembira tak terkata selepas mendengar khabar gembira itu. Lantas ditanya siapakah wanita yang bertuah itu. Kata si putra, wanita bertuah itu adalah wanita China. Tetapi beliau sendiri pun tak kenal siapa gerangannya. Hanya raut wajah yang dapat mengungkap segalanya.

Majlis malam bermula. Dimulakan dengan tarian dari gadis-gadis China. Si putra khusyuk mengamati tarian yang dipersembahkan. Habis sahaja tarian, beliau pergi mengejar kumpulan tarian tersebut. Rupanya sang putra sudah ternampak bahawa salah seorang penari itu adalah si sepett.

Berjumpa sang putra dengan Maharaja China. Menyuarakan hasratnya untuk menyunting si sepett menjadi permaisuri dihatinya. Maharaja China senyum lebar. Diberitahu kepada sang putra bahawa si sepett adalah putri sulungnya. Sang putra amat gembira. Begitu Putri Sepett.

 Raja Rom dan Maharaja China berpakat untuk menyatukan putra dan putri mereka. Majlis Perkahwinan mereka diadakan pada keesokan harinya. Dengan bersatunya Putra Rom dan Putri China, maka hubungan antara Empayar Rom dan Empayar China dierat.

Putra Dadu cakap, dia teramat sayang dan cinta akan Putri Sepett. Dan amat berharap Putri Sepett juga begitu.  

No comments:

Post a Comment