"Arrggghh, penatnye aku arini!" pekik Mike selangkah masuk ke dalam bilik.
Beg dicampak.
Terus melompat ke arah katil.
Baju tak ditukar.
"Kau pegi mane Mike? satu ari tak nampak kau" tanya Jimmy.
"Aku pegi picnic. U lain pun ade jugak" balas Mike.
"Muke kau macam ade nak story something je ngan aku, ceciter" pujuk Jimmy.
Macam ni, Mike participate satu event. Event nih U dia yg organize. Tapi ade colaboration ngan U lain. Dari pagi, sampai la ke petang. Mike sampai awal. Lepak ngn kawan2 sambil tunggu event start. Disantapnya sarapan pagi. Bila da kenyang, kepulan asap rokok menjadi teman nya.
Okay, mari mula. Mike sangat teruja hari tu. Mike enjoy sangat dgn kawan2. Semasa event tu berjalan, Mike bertemu dgn si Baju Hijau. Katanya dia sudah jatoh cinta. Mike2, masih dgn perangai dia.
Mike tinggalkan kawan-kawan. Pergi mencari si Baju Hijau. Tak jumpa. Dicari lagi. Tak jumpa. Terus mencari sehingga satu saat dia terjumpa. Tapi Mike tak teruja. Ditendang nya botol plastik yang tiba2 lalu di sebelahnya. Jimmy tanya kenapa. Mike cakap, dia jumpa si Baju Hijau. Tapi sedang berjalan dgn Jejaka Bajingan. Jimmy cuba menenangkan Mike.
"Mungkin member U dia kot" kata Mike.
Tapi Mike menafikan. Mike berlalu seolah putus harapan. Diteruskannya aktiviti bersama kawan kawan.
Tak lama.
Ada Keajaiban berlaku.
Ia buat Mike separuh gila.
"Hi awak, sorang je ke? sapa Si Baju Hijau.
Mike senyap. Kaku.
"Ha hai.. a'ah saya sorang je" balas Mike bersama kegigilan.
Perbulan Mike dan Si Baju Hijau bermula.
Perbulan tak dirakam.
Biarlah mereka sahaja yang tahu.
"So, kau ngn Si Baju Hijau tu macam mana? tanya Jimmy.
Mike diam.
Kisah Mike dan Si Baju Hijau terhenti kerana masing-masing terlupa untuk minta nombor phone masing-masing.
Akhir Episod 4
No comments:
Post a Comment